Pages

Followers

Monday, January 7, 2013

Kenapa Aku Memilih Genius Aulad?

Ada teman minta aku tuliskan kenapa aku memilih Genius Aulad untuk Faiz? Yalah,dah masuk tahun kedua Faiz di GA , tentu ada sebab yang ingin aku kongsikan...Oklah,sebelum aku bercerita apa-apa,ini hanyalah pendapat aku sebagai seorang parent. Dan harus dingatkan yang GA ni ada banyak cawangan dan setiap cawangan ada owner yang berlainan..Walaupun cara pembelajarannya sama pasti sedikit sebanyak pengurusan ada yang  berbeza.

Sebab pertama aku memilih GA untuk Faiz ialah kerana faktor kedudukan GA yang berdekatan dengan rumah..Jalan kaki pun takde masalah..Sebab masa mula-mula dulu, hubby masih tak bawa motor ke opis..Jadi, kami cuma ada satu kereta dan hubby gunakan kereta untuk ke opis..Aku kalau boleh taknaklah Faiz naik transport GA sebab dia masih 4 tahun dan aku ni surirumah..Rasa macam tak best jer...Hehehe..Dua hari je aku hantar Faiz jalan kaki sbb lepas tu hubby naik komuter dan cuma kadangkala kalau dia ada seminar yang menyebabkan dia perlu bawa kereta..Masa tu motor hubby masih belum dibaiki sbb dah tersadai hampir 3 tahun.Jadi,faktor GA yang dekat adalah sebab utama aku pilih GA..

Sebenarnya,sebelum aku nak masukkan Faiz ke GA,aku ada tanya jiran sebelah rumah ttg GA ni sebab anak dia pernah sekolah kat GA selama setahun..Jawapan yang aku terima bukanlah jawapan yg baik tentang GA  sebab itu dia tak nak hantar anak dia ke GA lagi..Tapi sebabnya bukanlah 100% kerana sistem GA itu tapi pengurusannya iaitu teacher kat situ..Aku fikir takpelah,ada ramai lagi teacher kat situ dan mungkin yang seorang tu tak akan menjejaskan yang lain..Aku tak tahupun teacher yang dimaksudkan yang mana satu...Hari pertama Faiz ke GA,dia ok tapi hari seterusnya dia KO...hehehe...Bila aku jumpa teacher kelas dia dan tanya macam mana perkembangan Faiz, jawapan yang aku terima dari teacher itu adalah sesuatu yang tidak aku duga..Baru 2 hari Faiz di GA,dan dia dah beri aku jawapan yang buat aku susah hati...Tapi,aku tak melatah..Aku selalu berdoa supaya segalanya berjalan lancar dan 3 minggu selepas tu,teacher tu berhenti sebab dia dapat tawaran masuk maktab..Aku lega disitu...

Sepanjang setahun Faiz di GA, perkembangan dia memang memberangsangkan...Kiranya tak rugilah kami labur duit supaya Faiz dapat yang terbaik...Tapi itulah, yang masalahnya kat GA ni teachernya selalu bertukar...Teacher kelas Faiz setahun je 3 kali tukar..Teacher untuk Iqra' dan BI plak entah berapa kali tukar sampai aku tak terkira...Macam mana aku tahu? Aku ni setiap bulan bayar yuran ke GA jadi mestilah aku akan jenguk kelas Faiz sambil sibuk2 ambil tahu...Aku tak tahu apa masalah sampai teacher kat GA ni asyik bertukar je...Sangat tak bagus untuk perkembangan walaupun Faiz tak kisah pun entah berapa kali teacher dia bertukar...Hahahaha...

Aku sebenarnya dah decide nak sekolahkan Faiz kat tempat lain untuk 2013 sebab ada satu eksiden yang menyebabkan Faiz tak nak pergi sekolah..2 minggu kot dia menangis setiap kali sampai kat pintu sekolah...Bila aku slow talk ngan teacher dia dan Faiz barulah keadaan reda..Bukanlah aku tak nak percaya cakap Faiz 100% tapi aku tahu Faiz kadang2 cerita dia maksud lain walaupun kita faham lain..Tapi bila dah hujung tahun dan Faiz pun ok dan masih mahu ke GA,aku decide biarlah dia di GA untuk setahun lagi...Lagipun,biarlah dia habiskan modul BI dan BM serta Iqra'...

Eh,panjang pulak aku cerita kan...Bagi aku,mana2 tempat sekolah pun sama..Kalau kita nak anak kita cepat membaca dan menulis,kita kena follow up..Tak boleh harapkan sekolah semata-mata..Aku lebih prefer Faiz sekolah tadika Islam dari montesssori yang bercampur ni..Banyak kebimbangan aku di situ..Apapun,bagi aku GA masih terbaik walaupun ada kekurangan yang mana masih boleh diperbetulkan...

p/s :- 2013 ni ada CIC dan Little Caliph kat Sri Dmanasara...Ada banyak pilihan disitu...Hehehe...

8 comments:

  1. Tak tanya ke kenapa asyik bertukar cikgu je. Sepatutnya tempat sebegitu cikgunya tak patut la kerap sngat bertukar kan

    ReplyDelete
  2. betul tu.. kene sentiasa pantau perkembangan anak2.. dan terapkan minat membaca dari kecik.. :)

    ReplyDelete
  3. Aduhai...mslh mcm ni la yg tak syok didengar!

    ReplyDelete
  4. Salam, adik akak pun baru mula hantar anak ke GA. Akak pun berangan nak hantar Deeja ke sana..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum, anak saya pun baru masuk ke GA. Alhamdulillah so far okay :)

    ReplyDelete
  6. Assalam...anak sy school kat GA 2 tahun, jwpn sy, sekiranya sy ada anak ke2 sy mmg tak kan hntr ke GA....bljr dr pglaman...pity to my daughter...sama kes jgk cikgu asyik bertukar je..

    ReplyDelete
  7. Sedang mencari cari tadika di sekitar area Bkt Jelutong,Shah Alam...bercadang juga nak hantar ke GA tapi takut laa kalau dapat cikgu yang tukar tukar ini...

    ReplyDelete
  8. Assalam, sy pun nk.anta ank thn dpn di GA TTDI Jaya s.alm..rsau mmg rsau sbb xde pnglmn.sape yg ada pnglmn anta ank di GA tlg komen yer..hehe

    ReplyDelete

Silalah komen dengan ikhlas yer..Komen anda semua amat dihargai