Pages

Followers

Monday, December 31, 2012

Sayonara 2012...Selamat Datang 2013

2012 melabuhkan tirainya....Banyak cerita yg nk dikongsi tp itulah masa sering kali tergendala dgn urusan yg entah apa-apa...tiada dugaan besar buat kami di 2012...semuanya berlaku baik- baik saja...2012 hadirnya rezeki tidak terhingga utk kami...apa dia...tunggu bulan 3 nanti yer...untuk rakan-rakan blogger diluar sana,semoga 2012 yg melabuhkan tirainya hari membuatkan kita semakin matang dn kuat utk menempuh 2013 yg belum tentu halanya...l

Tuesday, December 18, 2012

Review Filem - Istanbul Aku Datang

Aku bukanlah pengemar cerita melayu apatah lagi kalau cerita berunsurkan romantik ni...Mau kejung aku depan pc atau tv...Hehehe...Tapi aku tak tahu kenapa aku tertarik nak tonton filem ni,mungkin kerana Beto kot...Aku tak adalah minat gila kat mamat ni tapi bolehlah sebab aku suka lakonan dia sejak dari Geng Surau lagi...Aku rancang nak tengok kat wayang dengan Faiz ( nak ajak hubby kim salamlah dia nak tengok cerita melayu) tapi asyik tangguh je sampailah filem ni habis tayang kat pawangam...Bila dah keluar Astro First,mesti dah boleh download kat internet...Apa lagi,benda free depan mata kan...

Bila tengok filem ni,aku bersyukur sebab tak tengok kat wayang dengan Faiz..Bukan sebab cerita ni tak best (aku tengok sampai habis tp ada gak bab2 yang aku lajukan sebab tak larat nak tgk) tapi sebab cerita menunjukkan betapa anak muda zaman ni terlalu open dalam relationship..Dah lama tak tengok cerita melayu,jd dah lama aku tak tengok bab romantiknya walaupun belum kahwin...Selamba je Lisa Surihani cakap kat Tomok bila Tomok suruh dia cari rumah sewa sebab tak elok duk serumah dengan lelaki tapi Lisa boleh cakap kita bukannya buat apa-apa..Dan ada satu dialog tomok yang kata tak elok berpeluk kat sini sebab negara Islam tapi kat KL tak apa...Hmmm,Malaysia bukan negara islam ke? Aku tahu pengarah filem ni bukan islam tapi penulis skripnya adalah orang Islam..Memang ada keterbukaan dalam Islam tapi kalau dah terang benda tu salah,ianya tetap salah kan...

Korang dah tengok cerita ni?

Kisah Aku dan Daging

Aku bukanlah pengemar daging...Aku cuma makan daging lembu,kambing memang tolak tepi..Tak tahan dengan baunya...Daging lembu pun aku tak berapa suka makan apatah lagi klau daging tu memang fresh..Aku boleh bau lembunya walaupun dah dimasak..Kecualilah kalau masak rendang sebab selalunya bau lembu tu dah hilang..itupun aku taklah makan lebih-lebih...Sebab itu aku jarang beli daging dan masak di rumah...Dalam setahun tu adalah 2 3 kali aku makan daging...Klau pergi kenduri kahwin pun,aku memang tak ambil lauk daging...(tapi aku makanlah burger daging,apatah lagi proesperity burger..setakat lepas rasa jelah..hahaha)

Sebab tu kalau hari raya,bila semua orang makan sup tulang lembu,aku sedikitpun tak rasa tercuit...terkilan lagilah tidak..Hehehehe...Encik hubby pun hairan..Entahlah,tapi hidung aku amat sensitip bab bauan daging ni...Tapi aku suka ayam...Apatah lagi sambal ayam..Dulu,klau balik dari asrama,memang aku request mak masakkan sambal ayam...Dan entah kenapa,sekarang ni Faiz pula dok asyik nak makan ayam sambal...Kalau boleh tiap-tiap hari nak makan sambal ayam..Takde sambal ayam,sambil ikan pun jadilah...Eh,melalut plak citer aku...Bukan ke tadi nak cerita pasal kisah daging jer...So,korang suka makan daging lembu?

Monday, December 17, 2012

Sawang yang Bersawang...

Lama sungguh aku tak membebel dalam blog ni walaupun tiap-tiap hari aku tak miss dok jenguk blog kekawan...Aku masih di sini,masih mencari mood yang terbang entah ke mana..Ada banyak benda aku nak cerita tapi itulah ada benda yang kena tunggu masa dan waktu yang sesuai...hehehe....Aku rindu nak menulis....