Aku salute dengan siapa yang bercita-cita jadi guru..Memang minat gilalah nak jadi guru..Masa aku belajar kat UiTM dulu,ada member aku ni memang cita-citanya nak jadi cikgu..Habiskan diploma ambil degree sambung kat UPSI dan sekarang dia dah jadi cikgu...Sedangkan semua kawan-kawan kitaorang nak jadi engineer..yelah,ambil engineering kan...Cikgu ni tugas yang mulia..Bukan calang-calang orang mampu untuk memikul tanggungjawab ini..Aku rasa kriteria yang paling penting untuk menjadi cikgu ialah minat..Tanpa minat,kau akan jadi cikgu yang......(penuhkan sendiri ok)...
Kenapa aku cakap minat penting? Yelah,kalau kau tak minat jadi cikgu nanti yang jadi mangsanya adalah pelajar...Tak kiralah kau jadi cikgu tadika ke,cikgu sekolah ke,....Dulu,masa aku form 4/5,ada seorang cikgu Fizik ni,cikgu lelaki...Bayangkanlah,selama 2 tahun aku belajar Fizik,aku sebenarnya tak faham langsung apa konsep Fizik tu...Boleh kira dengan jari berapa kali dia masuk kelas sebab dia ni penolong kanan 2,jadi busy ke sana ke mari...Setiap kali bila dia masuk kelas dan bertanya soalan pada kelas,tak ada seorang pun yang faham..Yelah,Fizik bukan macam subjek Sejarah yang kita boleh belajar sendiri...Aku pernah tanya cikgu ni kenapa dia jadi cikgu? Dia cakap sebab parents dia suruh dan masa tu dia tak boleh nak bantah...Dia tak minat pun...Aku rasa cikgu ni minat nak jadi ahli politik..Sebab tu dia suka meeting dan ke sana ke mari..Kesian sungguh kat kami tapi nasib baiklah dapat gak kredit untuk Fizik..Itupun cukup-cukup makan...
Tapi bila aku masuk UITM dan belajar Fizik balik,aku rasa bestnya subjek Fizik ni bila kita faham..Pensyarah yang mengajar masa tu sangat bagus dan masa itu aku rasa betapa seronoknya kalau cikgu Fizik aku ni macam pensyarah ni...Entah-entah aku dapat A1 untuk Fizik...Hehehe...
Aku rasa semua orang pernah berpengalaman bertemu dengan pelbagai ragam guru sepanjang jadi pelajar kan...Ada yang best,ada yang baik dan tak kurang juga yang kureng...Jadi cikgu ni aku rasa kena berhati kental..Apa pun pelajar yang kau ada,kau kena terima tanpa ada hati yang tak rela..Biarpun kau nak pilih kasih tolonglah jangan over sangat pilih kasih tu...Sebab nanti budak yang teruk akan jadi bertambah teruk..Masa aku menengah rendah dulu,ada seorang cikgu yang mengajar kami subjek Sejarah..Cikgu ni cikgu perempuan dan bertudung labuh..Walaupun mukanya garang tapi hatinya baik..Dalam kelas kami ada beberapa murid lelaki yang macam biasalah,disiplin memang out...Tapi cikgu ni tak menghukum terang-terangan tau...Dia tahu pelajar lelaki ni tak boleh berubah kalau ditegur atau dirotan jadi dia guna pendekatan lain..Kat sekolah kami,ada kadet polis..Kiranya time tu Kadet Polis ni persatuan yang glamer lah..Bukan senang nak masuk...Jadi cikgu ni tadi berbincang dengan cikgu Kadet Polis dan masukkan pelajar-pelajar lelaki yang nakal tadi dalam Kadet Polis...Suprisely,dia orang memang berubah...Lebih berdisiplin dan kurang nakalnya...Yelah,dah masuk Kadet Polis kan...Bagus kan pendekatan cikgu ni tadi...Dalam diam,dia berjaya merubah pelajar-pelajar nakal tadi..Itulah jadinya kan bila seseorang tu betul-betul berminat dengan kerjayanya sebagai seorang cikgu...
Aku tak minat English sebab aku memang lembap English...Hahaha.....Aku rasa aku start tak minat English sebab ada seorang cikgu masa aku darjah 3 ketuk tangan aku tiba-tiba tanpa amaran sebab aku menulis guna tangan kiri..Lepas tu dia membebel pasal keburukan guna tangan kiri kat semua orang dalam kelas...Pehal lah kan...Dahlah ketuk tangan aku tiba-tiba pastu malukan aku...Siot betul masa tu..Memang masa tu aku terus pangkah English dalam subjek kegemaran aku..Lantaklah lagipun masa tu cakap Nogri lagi glamer...Hehehe...Tapi semuanya berubah bila aku masuk UiTM...Pensyarah tu Chinese perempuan,belum kahwin lagi tapi dia sangat sempoi..Setiap hari mesti ada public speaking dalam kelas...kau pandai ke tidak cakap English,ko kena cakap..Kalau silap,dia akan betulkan...English aku banyak improve dekat situ...Walaupun hubby aku cakap pronounce aku ke laut,at least aku takde masalah nak baca buku English dan subtitle English biarpun kalau nak cakap English,berpeluh lah jugak...So,jangan cakap English ngan aku..Hantar email atau sms dalam English,takde masalah...hehehe...
Jadinya,tahniahlah sesiapa yang menjawat jawatan guru..Anda insan mulia yang akan dikenang tak kira sama ada pelajar berjaya atau tidak...Untuk yang bercita-cita jadi guru,pastikan korang betul-betul minat bukan sekadar sebab dah tak ada kerja lain....