Pages

Followers

Sunday, October 20, 2013

Pengalaman Mengandung Kali Kedua

Annur dah nak masuk 7 bulan,baru nak cerita pasal mengandung...hahaha...Nampak sangat aku ni busy bebenor bila dah jadi mak dua anak ni..silalah percaya...Mengandung kali kedua ni memang susah sikit...susah macam mana? susah sbb dekat 5 bulan gak usaha kasi nak lekat..Bukan apa,masa Faiz dulu,takde plan2 tup2 dah ada jer..Selama ni aku selalu baca dan dengar pasal waktu subur ni tapi takdenya aku nak ambik tahu..bajet kekonon dulu takyah kira2 pun kan...so,bila plan anak kedua dah agak jauh dari sasaran,terpaksalah kita ambik tahu kan..nampak sangat dah makin tua..hehehe...Alhamdulilah,Dia uji aku cuma sekejap..Agaknya nak kasi aku rasa bagaimana penantian itu...

Aku tahu aku mengandung bila period datang lewat dua hari..Aku ni jenis period memang ikut time je..so,bila lewat tu mesti ada apa-apa..Tak silap aku,3 batang kayu aku test kot..Just nak confirmkan je..Gembiranya waktu tu susah nak digambarkan..Minggu ke 5 aku mengandung,aku diuji sekali lagi...Merasalah mabuk dan loya time mengandung..Masa Faiz dulu,aku memang tak mabuk2 ni..Pernah gak terdetik kat hati,apalah rasanya mabuk2 ni kan..Ha,terus Dia kasi rasa...Sebulan gak kot..Tak tahan bila sampai tahap yang keluar cuma muntah kuning je..Memang masa tu lubang toilet member baik aku...Tapi aku rasa beruntung sangat sbb Faiz dah besar masa tu..Dah pandai jaga diri sendiri...

Masa Faiz dulu,perut aku kecik je..dah lapan bulan kot baru perasan perut..yang nyata naik badan akulah..mengembang...hehehe..tapi masa Annur ni,3 bulan je dah boleh nampak perut..Memang merasalah bawak perut besar...sbb baby besar...hehehe... Ada orang tanya,aku merancang macamana untuk anak perempuan..Takdelah merancang apa sangat pun tapi sejak kami decide nak tambah satu lagi,memang aku selalu doa lepas solat supaya anak kedua ni girl..Without miss...Tapi kalau waktu tu Dia nak kasi anak lelaki pun aku redha je..Aku tahu aku mengandung anak perempuan bila aku teruja tengok sorang pelakon korea ni..Memang bila tgk pelakon korea tu,jantung aku dup dap je..Hahaha..serius siot...Masa Faiz dulu aku suka tgk citer indon Soleha tu..rasa sejuk je hati tgk pelakon Mashanda tu...Dah tu,tiap kali tgk lelaki hensom je,aku rasa macam waooo....hahahaha..sedangkan sebelum ni ada aku kisah...
Macho kan..Hehehe...
Tapi tulah kan,setiap anak pengalaman lain-lain..Dia kasi aku merasa bahagian lain pulak untuk si Annur..Apapun,Annur dah selamat lahir ke dunia..nanti kita cerita plak bab bersalin..satu episod yang lain plak


Wednesday, September 25, 2013

Kembali Bersiaran..

Lama sungguh aku tak update blog...bukannya tak jenguk langsung...jenguk tp jenguk2 malas namanya..nak tinggal komen lagilah...hehehe...ayat klise 'byk benda nak cerita tp tak tahu mana nak mula'...hahaha...harap aura kerajinan akan sampai...

Wednesday, April 17, 2013

WW #1 /2013 | Ahli Baru Keluarga Kami

Annur Syaurah Binti Mohammad Fauzi...Born 6/3/2013....

Masa baru 3 hari lahir

1 Month old

p/s :- nanti kita cerita panjang lebar yer...

Wednesday, January 9, 2013

Rutin Harian yang Berubah





Disebabkan tahun ni Faiz sekolah pagi,secara automatik rutin harian aku selama setahun (ke lebih) telah berubah...Kalau sebelum ni, lepas je hubby gi opis,aku akan siapkan bfast utk Faiz(roti je pung) dan dia akan makan sambil layan kartun dia..Faiz memang jenis bangun pagi walaupun dia sekolah petang...itupun salah satu sebab aku tukarkan dia ke sesi pagi...Dan aktiviti aku selepas itu adalah lepak2 atas katil lalu tertidur...hahaha...Faiz kalau dia mengantuk,dia akan baringlah sebelah aku...tapi jaranglah...lagi elok dia dok depan tu sambil memunggah mainan dia..sebab tu bila aku bangun,maka redhalah rumah bersepah yer...hehehe
 
So,sekarang ni no aktiviti tidur2 pagi utk aku dah..sebab bila Faiz gi sekolah,aku lebih prefer buat kerja rumah supaya petangnya plak boleh wat aktiviti membuta...hehehe...pusing sana pusing sini,waktu jelah berubah,nap sekejap adalah penting...hehehe

Tuesday, January 8, 2013

Little Intifal & Showcase Genius Aulad 2012

Bulan 11/12 yang lalu,ada sesi konvo dan persembahan untuk student GA...Ada dua GA terlibat iatu GA Sri Damansara dan GA Kota Damansara (kalau tak silap aku,hehehe)...Konvo tu cuma untuk budak 6 tahun,macam Faiz yang 4 tahun cuma jadi extra je...Hehehe..Tapi sebab pertama kali kan,haruslah mak bapak pergi kan...Venue dekat Dewan Sivik MBPJ...Sebab dulu aku pernah kerja kat Menara MBPJ ni jadi kiranya dah tahulah jalan nak ke Dewan Sivik ni...Start pukul 8.30 kalau tak silap tapi macam biasalah dekat pukul 9 baru start...Parents di beri tiket jadi takdelah aktiviti berebut tempat duduk ...Kitaorang sampai lambat sebab masa tu jalan plak jem,yelah time tu hari Isnin,hari orang bekerja dah tu hujan plak...Rata-rata ramai parents yang datang lambat...Faktor cuaca yang tak boleh elak kan...

Baru nak mula..Sorry gambar tak jelas,camera aku ni berfungsi dengan baik pada waktu siang je

Temanya ialah 'When I Grow Up'

Pentas yang cantik...

Acara dimulakan dengan penyampaian sijil untuk budak 6 tahun...macam masuk U je kan..padahal tadika je pun..Lama gak sebab ada dua GA kan...Mengantuklah aku time ni...

Ni persembahan pertama...Untuk budak tadika,oklah kan...Yang penting diaorang happy

Ni semua budak 4 tahun yang jadi extra..Faiz takde time ni...

Persembahan lagi..Aku pun tak notice dari GA mana...



 
At last,ni Faiz jadi extra..diaorang berlakon tengah makan-makan time ni..Faizlah yang paling beria makan..Macam betul2 je..Boleh jadi pelakon ni...Masa ni lagu 'We Are the Muslim' ...selalu dengar Faiz nyanyi tapi liriknya ntah apa-apa..patutlah dia tak hafal sebab dia cuma pelakon extra je..Excited dia cakap dia pakai baju hitam macam orang cina...
Ni gambar Faiz bergambar ngan kawan dia...Masa ni aku takde,gi toilet..Aqilah kot kalau aku tak silap nama budak ni...
Itulah je gambar yang ada sebab kami balik sebelum acara habis pun...Bila Faiz dah selesai jadi pelakon extra,hubby pun ajak balik sebab mata dah kuyu dan esok hubby nak kerja...Kalau buat weekend,aku rasa lebih seronok..lebih banyak masa...

Monday, January 7, 2013

Kenapa Aku Memilih Genius Aulad?

Ada teman minta aku tuliskan kenapa aku memilih Genius Aulad untuk Faiz? Yalah,dah masuk tahun kedua Faiz di GA , tentu ada sebab yang ingin aku kongsikan...Oklah,sebelum aku bercerita apa-apa,ini hanyalah pendapat aku sebagai seorang parent. Dan harus dingatkan yang GA ni ada banyak cawangan dan setiap cawangan ada owner yang berlainan..Walaupun cara pembelajarannya sama pasti sedikit sebanyak pengurusan ada yang  berbeza.

Sebab pertama aku memilih GA untuk Faiz ialah kerana faktor kedudukan GA yang berdekatan dengan rumah..Jalan kaki pun takde masalah..Sebab masa mula-mula dulu, hubby masih tak bawa motor ke opis..Jadi, kami cuma ada satu kereta dan hubby gunakan kereta untuk ke opis..Aku kalau boleh taknaklah Faiz naik transport GA sebab dia masih 4 tahun dan aku ni surirumah..Rasa macam tak best jer...Hehehe..Dua hari je aku hantar Faiz jalan kaki sbb lepas tu hubby naik komuter dan cuma kadangkala kalau dia ada seminar yang menyebabkan dia perlu bawa kereta..Masa tu motor hubby masih belum dibaiki sbb dah tersadai hampir 3 tahun.Jadi,faktor GA yang dekat adalah sebab utama aku pilih GA..

Sebenarnya,sebelum aku nak masukkan Faiz ke GA,aku ada tanya jiran sebelah rumah ttg GA ni sebab anak dia pernah sekolah kat GA selama setahun..Jawapan yang aku terima bukanlah jawapan yg baik tentang GA  sebab itu dia tak nak hantar anak dia ke GA lagi..Tapi sebabnya bukanlah 100% kerana sistem GA itu tapi pengurusannya iaitu teacher kat situ..Aku fikir takpelah,ada ramai lagi teacher kat situ dan mungkin yang seorang tu tak akan menjejaskan yang lain..Aku tak tahupun teacher yang dimaksudkan yang mana satu...Hari pertama Faiz ke GA,dia ok tapi hari seterusnya dia KO...hehehe...Bila aku jumpa teacher kelas dia dan tanya macam mana perkembangan Faiz, jawapan yang aku terima dari teacher itu adalah sesuatu yang tidak aku duga..Baru 2 hari Faiz di GA,dan dia dah beri aku jawapan yang buat aku susah hati...Tapi,aku tak melatah..Aku selalu berdoa supaya segalanya berjalan lancar dan 3 minggu selepas tu,teacher tu berhenti sebab dia dapat tawaran masuk maktab..Aku lega disitu...

Sepanjang setahun Faiz di GA, perkembangan dia memang memberangsangkan...Kiranya tak rugilah kami labur duit supaya Faiz dapat yang terbaik...Tapi itulah, yang masalahnya kat GA ni teachernya selalu bertukar...Teacher kelas Faiz setahun je 3 kali tukar..Teacher untuk Iqra' dan BI plak entah berapa kali tukar sampai aku tak terkira...Macam mana aku tahu? Aku ni setiap bulan bayar yuran ke GA jadi mestilah aku akan jenguk kelas Faiz sambil sibuk2 ambil tahu...Aku tak tahu apa masalah sampai teacher kat GA ni asyik bertukar je...Sangat tak bagus untuk perkembangan walaupun Faiz tak kisah pun entah berapa kali teacher dia bertukar...Hahahaha...

Aku sebenarnya dah decide nak sekolahkan Faiz kat tempat lain untuk 2013 sebab ada satu eksiden yang menyebabkan Faiz tak nak pergi sekolah..2 minggu kot dia menangis setiap kali sampai kat pintu sekolah...Bila aku slow talk ngan teacher dia dan Faiz barulah keadaan reda..Bukanlah aku tak nak percaya cakap Faiz 100% tapi aku tahu Faiz kadang2 cerita dia maksud lain walaupun kita faham lain..Tapi bila dah hujung tahun dan Faiz pun ok dan masih mahu ke GA,aku decide biarlah dia di GA untuk setahun lagi...Lagipun,biarlah dia habiskan modul BI dan BM serta Iqra'...

Eh,panjang pulak aku cerita kan...Bagi aku,mana2 tempat sekolah pun sama..Kalau kita nak anak kita cepat membaca dan menulis,kita kena follow up..Tak boleh harapkan sekolah semata-mata..Aku lebih prefer Faiz sekolah tadika Islam dari montesssori yang bercampur ni..Banyak kebimbangan aku di situ..Apapun,bagi aku GA masih terbaik walaupun ada kekurangan yang mana masih boleh diperbetulkan...

p/s :- 2013 ni ada CIC dan Little Caliph kat Sri Dmanasara...Ada banyak pilihan disitu...Hehehe...

Hari Pertama Faiz ke Sekolah di Tahun 2013

Faiz sekolah pagi tahun ni...Saja je tukar suasana sikit...Dia sibuk kenapa Faiz kena pergi sekolah pukul 8,bukan pukul 1..Dan sibuk juga tanya kenapa Faiz tak boleh kelas kat tingkat bawah (tingkat bawah utk 4 tahun)

Muka budak bangun pagi..Seronok nak sekolah...Setiap masa sepanjang cuti sekolah asyik bertanya kenapa Faiz tak pergi sekolah...

Kelas Faiz,kelas 5 Baghdad...2 orang tu budak baru sebab aku tak kenal...hehehe..tak ramai budak kelas Faiz tahun dulu yang masih stay kat GA

Sibuk membaca konon...

Teacher Faiz teacher Mai..Dia siap tanya mama macam mana kalau teacher tak sayang dia..hehehe...Teacher Mai ni bagi Faiz garang sikit...hehehe...dialah kata..Mama cakap,kalau Faiz tak nakal,mesti teacher Mai sayang dia.... 

Alkisahnya,Faiz masih di GA tahun ni..Sebab utama mama malas nak cari tadika lain...Macam biasa,hari pertama mama hantarlah ke atas sampai kelas..Dan macam biasa Faiz,bila mama ada mesti ada drama sikit...Siap menangis meleleh air mata tak kasi mama balik...Takdelah meraung cuma sedih sebab mama tak temankan dia sekali dalam kelas..Alahai Faiz, masa cuti sekolah sibuk nak sekolah sekarang ni dah sekolah,sedih plak jer...Aku takdelah kisah sangat sebab memang Faiz kalau aku ada,dia macam gitu...Anak intan payung mama lah katakan..Faiz Oh Faiz....

Friday, January 4, 2013

Aku Cemburu Tau!

Aku cemburu tau pada kawan-kawan yang masih mempunyai ibu bapa yang sihat...Itu je yang aku cemburu sebenarnya...Kenapa plak aku nak cemburu? Jiran depan rumah aku ni pasangan suami isteri anak satu..macam aku jugaklah...Umurnya tak pernah plak aku tanya tapi tak jauh rasanya dari aku...Aku cemburu tau sebab parent jiran perempuan aku ni selalu datang rumah dia...duk dalam seminggu dua..Bestkan kalau aku gak dapat merasa macam tu...Seronok tengok diaorang sebab bila parent dia ada,ramailah orang datang rumah dia..meriah je...

Masa aku kahwin 2007,mak dah takde...Mak meninggal 2004..Tapi Dia hadiahkan aku mak mertua...Tapi mak mertua aku pun tak berapa sihat..Badan tu sihat lagi tapi kaki dah tak kuat...Tak boleh nak berjalan jauh..Masa aku berpantangkan Faiz,mak mertua aku yang jaga...Gigih dia untuk cucu sulung dia...Walaupun jalan dah tak larat,tapi mak mertua aku gigihkan juga...

So,aku rasa orang yang masih ada mak bapak,yang masih sihat,yang takde halangan untuk kemana-mana melawat anak2 dan cucu.mereka sunggu bertuah...Hargailah mereka selagi mereka ada...

Genius Aulad Fun Field Day 2012

Punyalah lama aku ambik masa nak update cerita hari sukan Faiz...Hahaha...tulah,bila mood blog ke laut,cerita-cerita yang nak dikongsi semuanya tergendala..Hari sukan ni masa bulan 5 2012 hari tu...First time anak gi sukan,haruslah mak bapak excited kan...Kalau tak silap aku,ada dua cawangan GA yang terlibat dalam hari sukan ni...GA Sri Damansara dan satu lagi aku dah lupa...hehehe...Venus kat FRIM Kepong...Cantik tempat ni...Sesuai untuk riadah bersama keluarga,siap ada air terjun lagi kalau tak silap...Tapi kitaorang tak pernah sampai kat sini lagi...Nama je dekat....Sehari sebelum hari sukan,kitaorang dah survey tempatnya sebab tak nak tersesat punya pasal....
Masa baru sampai ..Faiz belum panas lagi waktu ni..Masih mood mengantuk lagi...Lepak-lepak dulu

Ada 2 khemah besar disediakan tapi takdelah asing2 GA pun..Asal ada tempat kosong kita redah je..Masa kitaorang sampai,khemah pun dah penuh...Ada satu dua kerusi yang kosong...Kira oklah tu...
Mula-mula ada senamrobik..Faiz dgn hubby jelah yang join...Kalau aku join sekali nanti,siapalah plak nak tangkap gmabar kan...Bukannya kitaorang ada bawa photographer khas...Hehehe...Faiz syok je beraerobik...
Ini saatnya Faiz dah bosan...Bilalah nak abis senamrobik ni papa...tak sabar nak bersukan atau tak sabar nak gi jenguk kedai-kedai mainan yang ada...huhuhu
Beratur untuk acara yang pertama..Semua ni budak 4 tahun je...Fairlah macam tu kan...Klau campur2 nanti,sian kat budak-budak 4 tahun yang masih blur2 ni...Ni Faiz dgn kawan2 sekelas dia...
Faiz sebelah Huda...Budak ni satu kelas dgn Faiz...Geng gaduh Faiz...Selalu kalau aku datang bayar yuran ,aku mesti jenguk dia...jadi,kawan2 dia kenallah aku dan aku secara automatik kenalah hafal semua nama budak dalam kelas dia...Aku rasa aku lagi tahu nama budak kelas dia dari Faiz ni...
Sedia Mula.....
Acara pertama adalah kutip gula-gula...Klau tengok budak2 4 tahun kutip gula,rasa nak tolong je..Hehehe...Masing-masing macam buat tak kisah je...Bila teacher suruh,barulah masing-masing nak ambik..Itupun ala sopan-sopan gitu
Gula-gula Faiz yang asyik jatuh...Semuanya nak simpan dekat tangan,suruh masukkan dalam poket,jenuh plak dia nak cari poket seluar dia..sabar jelah...Nak je aku tolong kutipkan sekali...Hahaha...

Acara kedua ialah tiup belon..Ini lagi kelakar...takde siapa pun yang dapat tiup belon tu..setakat dua tiga hembus,lepas tu belon tu kempis semula..Aku rasa acara ni sgt tak sesuai untuk budak 4 tahun..Nafas masing2 pendek lagi...
Teacher tanya Faiz....tak boleh tiup belon yer
Akhirnya,teacher tolong tiupkan sampai besar dah suruh pecahkan..tiup satu hal,nak pecahkan satu hal lagi...hehehe
Ini acara dengan parents...ada beberapa acara yang Faiz tak join sebab dia dah penat..hari pun panas kan...Aku lah tu yang tarik Faiz atas guni..Macam acara tarik atas upih cuma upihnya takdelah...Faiz relaks je dok atas tu...yelah,mak bapak orang kampungkan,jadi kenalah berjiwa kampung kan Faiz

Acara tarik bola dengan gelung...Ada teacher tolongkan ni...Nak harapkan Faiz,ntah kemana bola tu pergi nanti
Acara dah abis..Faiz dengan kawan dia Maisarah...Faiz ni ramai kawan dia perempuan sebab kelas diapun majoriti perempuan...Tapi selalunya bebudak perempuan yang ngam ngan dia ialah bebudak yang ada abang...yelah,Faiz ni kan lelaki..cara dia main pun mcm lelaki,kasar je kan...
Kesimpulannya,hari sukan yang menyeronokkan untuk Faiz..Walaupun setengah hari,tapi penat juga sebab cuaca panas je...Kononnya lepas abis acara,nak jenguk2 air terjun tapi takde ke mana sebab mak bapak dah letih..Anak apalah lagikan...

Wednesday, January 2, 2013

Hari kedua 2013-Apa cerita?

Semua orang sibuk hantar anak gi sekolah hari ini...Aku plak sibuk ngan aktiviti lain..Faiz masih akan bersekolah di GA...Dia start school Isnin 7/1....Hari tu masa settlekan pembayaran,Faiz bising kenapa dia dpt teacher lain...hehehe....Dia nak teacher lama gak...tengoklah masa hari isnin nanti...tahun ni aku sekolahkan dia sesi pagi...senang sikit nak ajar dia tidur awal...hehehe...Hari korang macam mana?