Pages

Followers

Friday, January 4, 2013

Genius Aulad Fun Field Day 2012

Punyalah lama aku ambik masa nak update cerita hari sukan Faiz...Hahaha...tulah,bila mood blog ke laut,cerita-cerita yang nak dikongsi semuanya tergendala..Hari sukan ni masa bulan 5 2012 hari tu...First time anak gi sukan,haruslah mak bapak excited kan...Kalau tak silap aku,ada dua cawangan GA yang terlibat dalam hari sukan ni...GA Sri Damansara dan satu lagi aku dah lupa...hehehe...Venus kat FRIM Kepong...Cantik tempat ni...Sesuai untuk riadah bersama keluarga,siap ada air terjun lagi kalau tak silap...Tapi kitaorang tak pernah sampai kat sini lagi...Nama je dekat....Sehari sebelum hari sukan,kitaorang dah survey tempatnya sebab tak nak tersesat punya pasal....
Masa baru sampai ..Faiz belum panas lagi waktu ni..Masih mood mengantuk lagi...Lepak-lepak dulu

Ada 2 khemah besar disediakan tapi takdelah asing2 GA pun..Asal ada tempat kosong kita redah je..Masa kitaorang sampai,khemah pun dah penuh...Ada satu dua kerusi yang kosong...Kira oklah tu...
Mula-mula ada senamrobik..Faiz dgn hubby jelah yang join...Kalau aku join sekali nanti,siapalah plak nak tangkap gmabar kan...Bukannya kitaorang ada bawa photographer khas...Hehehe...Faiz syok je beraerobik...
Ini saatnya Faiz dah bosan...Bilalah nak abis senamrobik ni papa...tak sabar nak bersukan atau tak sabar nak gi jenguk kedai-kedai mainan yang ada...huhuhu
Beratur untuk acara yang pertama..Semua ni budak 4 tahun je...Fairlah macam tu kan...Klau campur2 nanti,sian kat budak-budak 4 tahun yang masih blur2 ni...Ni Faiz dgn kawan2 sekelas dia...
Faiz sebelah Huda...Budak ni satu kelas dgn Faiz...Geng gaduh Faiz...Selalu kalau aku datang bayar yuran ,aku mesti jenguk dia...jadi,kawan2 dia kenallah aku dan aku secara automatik kenalah hafal semua nama budak dalam kelas dia...Aku rasa aku lagi tahu nama budak kelas dia dari Faiz ni...
Sedia Mula.....
Acara pertama adalah kutip gula-gula...Klau tengok budak2 4 tahun kutip gula,rasa nak tolong je..Hehehe...Masing-masing macam buat tak kisah je...Bila teacher suruh,barulah masing-masing nak ambik..Itupun ala sopan-sopan gitu
Gula-gula Faiz yang asyik jatuh...Semuanya nak simpan dekat tangan,suruh masukkan dalam poket,jenuh plak dia nak cari poket seluar dia..sabar jelah...Nak je aku tolong kutipkan sekali...Hahaha...

Acara kedua ialah tiup belon..Ini lagi kelakar...takde siapa pun yang dapat tiup belon tu..setakat dua tiga hembus,lepas tu belon tu kempis semula..Aku rasa acara ni sgt tak sesuai untuk budak 4 tahun..Nafas masing2 pendek lagi...
Teacher tanya Faiz....tak boleh tiup belon yer
Akhirnya,teacher tolong tiupkan sampai besar dah suruh pecahkan..tiup satu hal,nak pecahkan satu hal lagi...hehehe
Ini acara dengan parents...ada beberapa acara yang Faiz tak join sebab dia dah penat..hari pun panas kan...Aku lah tu yang tarik Faiz atas guni..Macam acara tarik atas upih cuma upihnya takdelah...Faiz relaks je dok atas tu...yelah,mak bapak orang kampungkan,jadi kenalah berjiwa kampung kan Faiz

Acara tarik bola dengan gelung...Ada teacher tolongkan ni...Nak harapkan Faiz,ntah kemana bola tu pergi nanti
Acara dah abis..Faiz dengan kawan dia Maisarah...Faiz ni ramai kawan dia perempuan sebab kelas diapun majoriti perempuan...Tapi selalunya bebudak perempuan yang ngam ngan dia ialah bebudak yang ada abang...yelah,Faiz ni kan lelaki..cara dia main pun mcm lelaki,kasar je kan...
Kesimpulannya,hari sukan yang menyeronokkan untuk Faiz..Walaupun setengah hari,tapi penat juga sebab cuaca panas je...Kononnya lepas abis acara,nak jenguk2 air terjun tapi takde ke mana sebab mak bapak dah letih..Anak apalah lagikan...

3 comments:

Silalah komen dengan ikhlas yer..Komen anda semua amat dihargai