Pages

Followers

Monday, January 7, 2013

Hari Pertama Faiz ke Sekolah di Tahun 2013

Faiz sekolah pagi tahun ni...Saja je tukar suasana sikit...Dia sibuk kenapa Faiz kena pergi sekolah pukul 8,bukan pukul 1..Dan sibuk juga tanya kenapa Faiz tak boleh kelas kat tingkat bawah (tingkat bawah utk 4 tahun)

Muka budak bangun pagi..Seronok nak sekolah...Setiap masa sepanjang cuti sekolah asyik bertanya kenapa Faiz tak pergi sekolah...

Kelas Faiz,kelas 5 Baghdad...2 orang tu budak baru sebab aku tak kenal...hehehe..tak ramai budak kelas Faiz tahun dulu yang masih stay kat GA

Sibuk membaca konon...

Teacher Faiz teacher Mai..Dia siap tanya mama macam mana kalau teacher tak sayang dia..hehehe...Teacher Mai ni bagi Faiz garang sikit...hehehe...dialah kata..Mama cakap,kalau Faiz tak nakal,mesti teacher Mai sayang dia.... 

Alkisahnya,Faiz masih di GA tahun ni..Sebab utama mama malas nak cari tadika lain...Macam biasa,hari pertama mama hantarlah ke atas sampai kelas..Dan macam biasa Faiz,bila mama ada mesti ada drama sikit...Siap menangis meleleh air mata tak kasi mama balik...Takdelah meraung cuma sedih sebab mama tak temankan dia sekali dalam kelas..Alahai Faiz, masa cuti sekolah sibuk nak sekolah sekarang ni dah sekolah,sedih plak jer...Aku takdelah kisah sangat sebab memang Faiz kalau aku ada,dia macam gitu...Anak intan payung mama lah katakan..Faiz Oh Faiz....

Friday, January 4, 2013

Aku Cemburu Tau!

Aku cemburu tau pada kawan-kawan yang masih mempunyai ibu bapa yang sihat...Itu je yang aku cemburu sebenarnya...Kenapa plak aku nak cemburu? Jiran depan rumah aku ni pasangan suami isteri anak satu..macam aku jugaklah...Umurnya tak pernah plak aku tanya tapi tak jauh rasanya dari aku...Aku cemburu tau sebab parent jiran perempuan aku ni selalu datang rumah dia...duk dalam seminggu dua..Bestkan kalau aku gak dapat merasa macam tu...Seronok tengok diaorang sebab bila parent dia ada,ramailah orang datang rumah dia..meriah je...

Masa aku kahwin 2007,mak dah takde...Mak meninggal 2004..Tapi Dia hadiahkan aku mak mertua...Tapi mak mertua aku pun tak berapa sihat..Badan tu sihat lagi tapi kaki dah tak kuat...Tak boleh nak berjalan jauh..Masa aku berpantangkan Faiz,mak mertua aku yang jaga...Gigih dia untuk cucu sulung dia...Walaupun jalan dah tak larat,tapi mak mertua aku gigihkan juga...

So,aku rasa orang yang masih ada mak bapak,yang masih sihat,yang takde halangan untuk kemana-mana melawat anak2 dan cucu.mereka sunggu bertuah...Hargailah mereka selagi mereka ada...

Genius Aulad Fun Field Day 2012

Punyalah lama aku ambik masa nak update cerita hari sukan Faiz...Hahaha...tulah,bila mood blog ke laut,cerita-cerita yang nak dikongsi semuanya tergendala..Hari sukan ni masa bulan 5 2012 hari tu...First time anak gi sukan,haruslah mak bapak excited kan...Kalau tak silap aku,ada dua cawangan GA yang terlibat dalam hari sukan ni...GA Sri Damansara dan satu lagi aku dah lupa...hehehe...Venus kat FRIM Kepong...Cantik tempat ni...Sesuai untuk riadah bersama keluarga,siap ada air terjun lagi kalau tak silap...Tapi kitaorang tak pernah sampai kat sini lagi...Nama je dekat....Sehari sebelum hari sukan,kitaorang dah survey tempatnya sebab tak nak tersesat punya pasal....
Masa baru sampai ..Faiz belum panas lagi waktu ni..Masih mood mengantuk lagi...Lepak-lepak dulu

Ada 2 khemah besar disediakan tapi takdelah asing2 GA pun..Asal ada tempat kosong kita redah je..Masa kitaorang sampai,khemah pun dah penuh...Ada satu dua kerusi yang kosong...Kira oklah tu...
Mula-mula ada senamrobik..Faiz dgn hubby jelah yang join...Kalau aku join sekali nanti,siapalah plak nak tangkap gmabar kan...Bukannya kitaorang ada bawa photographer khas...Hehehe...Faiz syok je beraerobik...
Ini saatnya Faiz dah bosan...Bilalah nak abis senamrobik ni papa...tak sabar nak bersukan atau tak sabar nak gi jenguk kedai-kedai mainan yang ada...huhuhu
Beratur untuk acara yang pertama..Semua ni budak 4 tahun je...Fairlah macam tu kan...Klau campur2 nanti,sian kat budak-budak 4 tahun yang masih blur2 ni...Ni Faiz dgn kawan2 sekelas dia...
Faiz sebelah Huda...Budak ni satu kelas dgn Faiz...Geng gaduh Faiz...Selalu kalau aku datang bayar yuran ,aku mesti jenguk dia...jadi,kawan2 dia kenallah aku dan aku secara automatik kenalah hafal semua nama budak dalam kelas dia...Aku rasa aku lagi tahu nama budak kelas dia dari Faiz ni...
Sedia Mula.....
Acara pertama adalah kutip gula-gula...Klau tengok budak2 4 tahun kutip gula,rasa nak tolong je..Hehehe...Masing-masing macam buat tak kisah je...Bila teacher suruh,barulah masing-masing nak ambik..Itupun ala sopan-sopan gitu
Gula-gula Faiz yang asyik jatuh...Semuanya nak simpan dekat tangan,suruh masukkan dalam poket,jenuh plak dia nak cari poket seluar dia..sabar jelah...Nak je aku tolong kutipkan sekali...Hahaha...

Acara kedua ialah tiup belon..Ini lagi kelakar...takde siapa pun yang dapat tiup belon tu..setakat dua tiga hembus,lepas tu belon tu kempis semula..Aku rasa acara ni sgt tak sesuai untuk budak 4 tahun..Nafas masing2 pendek lagi...
Teacher tanya Faiz....tak boleh tiup belon yer
Akhirnya,teacher tolong tiupkan sampai besar dah suruh pecahkan..tiup satu hal,nak pecahkan satu hal lagi...hehehe
Ini acara dengan parents...ada beberapa acara yang Faiz tak join sebab dia dah penat..hari pun panas kan...Aku lah tu yang tarik Faiz atas guni..Macam acara tarik atas upih cuma upihnya takdelah...Faiz relaks je dok atas tu...yelah,mak bapak orang kampungkan,jadi kenalah berjiwa kampung kan Faiz

Acara tarik bola dengan gelung...Ada teacher tolongkan ni...Nak harapkan Faiz,ntah kemana bola tu pergi nanti
Acara dah abis..Faiz dengan kawan dia Maisarah...Faiz ni ramai kawan dia perempuan sebab kelas diapun majoriti perempuan...Tapi selalunya bebudak perempuan yang ngam ngan dia ialah bebudak yang ada abang...yelah,Faiz ni kan lelaki..cara dia main pun mcm lelaki,kasar je kan...
Kesimpulannya,hari sukan yang menyeronokkan untuk Faiz..Walaupun setengah hari,tapi penat juga sebab cuaca panas je...Kononnya lepas abis acara,nak jenguk2 air terjun tapi takde ke mana sebab mak bapak dah letih..Anak apalah lagikan...

Wednesday, January 2, 2013

Hari kedua 2013-Apa cerita?

Semua orang sibuk hantar anak gi sekolah hari ini...Aku plak sibuk ngan aktiviti lain..Faiz masih akan bersekolah di GA...Dia start school Isnin 7/1....Hari tu masa settlekan pembayaran,Faiz bising kenapa dia dpt teacher lain...hehehe....Dia nak teacher lama gak...tengoklah masa hari isnin nanti...tahun ni aku sekolahkan dia sesi pagi...senang sikit nak ajar dia tidur awal...hehehe...Hari korang macam mana?