Pages

Followers

Tuesday, December 18, 2012

Kisah Aku dan Daging

Aku bukanlah pengemar daging...Aku cuma makan daging lembu,kambing memang tolak tepi..Tak tahan dengan baunya...Daging lembu pun aku tak berapa suka makan apatah lagi klau daging tu memang fresh..Aku boleh bau lembunya walaupun dah dimasak..Kecualilah kalau masak rendang sebab selalunya bau lembu tu dah hilang..itupun aku taklah makan lebih-lebih...Sebab itu aku jarang beli daging dan masak di rumah...Dalam setahun tu adalah 2 3 kali aku makan daging...Klau pergi kenduri kahwin pun,aku memang tak ambil lauk daging...(tapi aku makanlah burger daging,apatah lagi proesperity burger..setakat lepas rasa jelah..hahaha)

Sebab tu kalau hari raya,bila semua orang makan sup tulang lembu,aku sedikitpun tak rasa tercuit...terkilan lagilah tidak..Hehehehe...Encik hubby pun hairan..Entahlah,tapi hidung aku amat sensitip bab bauan daging ni...Tapi aku suka ayam...Apatah lagi sambal ayam..Dulu,klau balik dari asrama,memang aku request mak masakkan sambal ayam...Dan entah kenapa,sekarang ni Faiz pula dok asyik nak makan ayam sambal...Kalau boleh tiap-tiap hari nak makan sambal ayam..Takde sambal ayam,sambil ikan pun jadilah...Eh,melalut plak citer aku...Bukan ke tadi nak cerita pasal kisah daging jer...So,korang suka makan daging lembu?

2 comments:

  1. kalau daging baru aku kureng sikit..sbb baunya kuat.. tapi kalau bau hamis daging tu takde aku sarbat je..hehehe..

    ReplyDelete

Silalah komen dengan ikhlas yer..Komen anda semua amat dihargai