Hari Sabtu 25/02/12 hari itu,ada Parents Sharing Day kat sekolah Faiz...Aku sediakan diri untuk komen yang terburuk jujur dari teacher Faiz...Hahaha...Apalah aku ni kan...Siapa yang kenal Faiz,mesti tahu macam mana aktifnya Faiz ni...Ada saja yang dia nak tahu,nak main...Benda yang aku risau bila hantar Faiz ke sekolah,ialah kalau dia tak boleh fokus dan sibuk nak main saja...Di sekolah dia tu,siapa yang tak kenal Faiz...Budak yang suka main dan aktif...
Bila jumpa teacher,alhamdulilah progress Faiz sangat bagus...Tiada masalah mendengar arahan,bergaul dengan rakan-rakan walaupun dia memang aktif..Aku tahu Faiz bila bab membaca dan belajar,dia sangat suka...Selalunya dia ajak aku baca buku...Dan paling aku tak sangka,bila teacher cakap Faiz sangat fokus bila buat kerja..Bila teacher kasi kerja like mewarna atau tampal-tampal,dia akan buat kerja sampai habis lepas tu baru main....Oooo,aku sangat lega disitu...Tiada apa yang perlu aku risaukan lagi...Rasa macam terlepas satu beban dari kepala...Hahaha...Over kan aku...Oklah,terus terang aku cakap...Aku bila tengok anak orang yang boleh duduk diam bila pergi mana-mana,aku selalu cakap kalaulah Faiz macam tu...Takdelah aku nak jadi tarzan je...Tapi aku tahu,setiap kanak-kanak adalah berbeza...Dan bila teacher cakap Faiz sangat cepat pick up bila diajar,dah boleh membaca dan bercerita apa dalam buku ,aku bersyukur sangat... Mungkin aku yang terlalu risau sampaikan menidakkan keupayaan seorang kanak-kanak seperti Faiz untuk menikmati dunianya dalam cara tersendiri...
Dan aku juga berterima kasih dengan teacher Faiz sebab mengajar Faiz dan melayani karenah Faiz dengan sabar...Doa aku semoga Faiz mendapat teacher yang menghargai setiap kanak-kanak walaupun ada pelbagai perangai,termakbul disitu...So Faiz,be a good boy ok...Mama dan papa bangga dengan Faiz....
8 dah membaca:
haih, anak saya pun mcm awak. mmg tak reti duduk diam. kat taska pun ramai kwn lelaki. tu yg dia pun lasak mcm lelaki.
kdg2 tercakap juga dlm hati, "kenapa la aktif mcm boy sgt. cubalah jadi mcm girl"
tapi bila tiba-tiba dia sakit.. monyok dan melepek je.. kita rindukan keaktifan dia tu. pernah tak awak rasa mcm saya rasa?
sometimes bila hubby saya mengeluh anak lasak, saya ingatkan dia.. biar dia lasak daripada dia melepek sakit.
betul tu...bila dia sakit ,memang rindukan keaktifan dia...terimalah anak kita seadanya kan..
ya betul tu..jgn risau sangat..budak2 mmg aktif..biasanya mereka yg aktif ni sangat bijak..
budak yg aktif ni adalah budak yg bijak dan sihat...
kita rasa best bila cikgu puji anak kita kan...rasa bangga sesgt...
tumpang hepi for u...
budak2 kalo aktif biasa tu.. otak bekerja untuk membesat.. doktor pon kata gitu..
perkembangan budak nk membesar mmg mcm tu..syukur die sihat n aktif....
alhamdulillah.... moga Faiz rajin2 sokmo ya! :-))
budak yg aktif dan nakal tu mmg budak yg bijak.terus terang sy cakap sy lebih uka budak yg aktif macam aiz,klu budak diam je..mana best.harap maklum anak sy aiman juga tak reti dok diam!haha..
Post a Comment